Perkembangan Parti Parti_Ikatan_Bangsa_Malaysia

  1. Pada 7 Jun 2012[6], majlis pelancaran dan pengenalan pemimpin protem IKATAN diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan.
  2. Pada 31 Mac 2014, penubuhan IKATAN diluluskan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan.
  3. Pada 15 Mei 2015[3], majlis pelancaran IKATAN telah diadakan di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan.
  4. Pada 16 Mac 2016[7], IKATAN mengumumkan membentuk pakatan politik blok ketiga dengan PAS[8][9]
  5. Pada 28 Julai 2016[10], Pejabat IKATAN Kawasan Petaling Jaya Utara dilancarkan oleh Pengerusi IKATAN Selangor, Dato' Seri Muhammad Badri Abdul Rahman.
  6. Pada 5 Ogos 2016[11], IKATAN dan PAS dalam proses menyediakan kertas kerja urusan dana politik yang mana masih belum ada undang-undang diperuntukan untuk mengawal aktiviti mengumpulkan dana politik pada masa ini[12].
  7. Pada 13 Ogos 2016, IKATAN bersama-sama PAS menubuhkan sebuah gabungan parti politik bernama Gagasan Sejahtera [13].
  8. Pada 11 Ogos 2017[14], Pemuda Gagasan Sejahtera Selangor ditubuhkan antara Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dan Dewan Pemuda IKATAN Selangor.
  9. Pada 18 November 2017[15], Dewan Pemuda IKATAN Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah mengorak langkah dengan menubuhkan Jawatankuasa Pemuda Gagasan Sejahtera. Pnubuhan Jawatankuasa Pemuda Gagasan Sejahtera bertujuan untuk menyelaraskan aktiviti Pemuda parti komponen dalam Gagasan Sejahtera dalam mendepani isu semasa, polisi serta dasar utama negara.
  10. Pada 25 April 2018[16][17], Gagasan Sejahtera mengumumkan 5 orang daripada IKATAN akan menjadi calon bagi Pilihan Raya Umum Malaysia 2018. Kesemuanya bertanding di Selangor.
  11. Pada 28 April 2018 yang merupakan hari penmaan calon Pilihan Raya Umum Malaysia 2018[18], IKATAN buat pertama kalinya menyertai Pilihan Raya Umum Malaysia dan mengesahkan penyertaan 4 wakil mereka dalam pilihan raya ini, manakala seorang lagi calon mereka tidak layak bertanding akibat muflis[19].
  12. Pada 10 Februari 2019, sebuah mesyuarat penyelarasan[20] antara Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia dan Pemuda BERJASA Malaysia telah diadakan di bilik gerakan BN. Sebuah jawatankuasa khas mengenai penyelarasan kerjasama dipersetujui untuk ditubuhkan[21].
  13. Pada 19 Mac 2019, IKATAN mengisytihar deklarasi solidariti[22] terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha mengembalikan integriti negara. Tindakan ini selari dengan tindakan yang didahului oleh PAS[23][24][25] dan UMNO[26][27][28].

Rujukan

WikiPedia: Parti_Ikatan_Bangsa_Malaysia http://www.astroawani.com/berita-politik/parti-ika... http://www.astroawani.com/berita-politik/pas-akan-... http://www.astroawani.com/berita-politik/undi-tida... http://www.astroawani.com/video-malaysia/pas-ikata... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/6... http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-pilih-ik... http://www.utusan.com.my/berita/politik/tuan-ibrah... http://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-sedia... http://gagasansejahtera.my/2016/08/13/pengenalan/ http://gagasansejahtera.my/2017/11/24/pemuda-gagas...